Part 3:
“Sykin,Syaz jom pegi kelas”, ajak Farah yang berdiri di hadapan bilik sambil membetulkan tudungnya
“Jom”, jawab Sykin.
Langkah mereka terhenti ketika ingin menuruni anak tangga. “Eh, mana Syaz?”, tanya Farah.
“Kau nie, Syaz mana balik malam tadi”, seloroh Sykin.
“Eh, bukan semalam petang dia balik?”, tanya Farah lagi.
“Memanglah balik tapi lepas Isyak dia keluar semula. Itulah kau, sibuk sangat layan perasaan sampai kawan sendiri pun dah tak kisah”, perli Sykin sambil menuruni anak tangga.
Farah yang tersentap terus bersuara “ Aku bukan tak nak ambil tahu tapi aku....”, kata-kata Farah terhenti apabila mengenangkan peristiwa pahitnya semalam.
“Senyap pulak. Dahlah, jom pergi kelas. Kalau dengar masalah korang berdua ini, sampai bulan depanlah aku tak ke kelas. Dahlah lepas ini kelas favourite aku. Tan Kar Boon rindu aku nanti”, celoteh Sykin sambil mencari kasutnya di rak kasut. Kata-kata Sykin membuatkan Farah tertawa kecil. Sykin memang tempat rakan-rakannya mengadu. Kematangan yang dimiliki Sykin membuatkan rakan-rakannya selesa berkongsi masalah. Cuma satu kelemahan Sykin adalah, dia pantang kalau ada cerita atau lagu Korea baru, cepat sahaja ingin membelinya. Malahan, biliknya penuh dengan gambar kumpulan kegemarannya iaitu CN BLUE.
Sambil berjalan menuju ke arah perhentian bas, Farah sempat bertanya kenapa Syaz sering pulang ke rumah ibunya akhir-akhir ini. Perubahan mendadak Syaz membuatkan Farah sedikit risau. Tambahan peperiksaan akhir bakal tiba.
“Wei, kenapa Syaz asyik balik rumah mak dia akhir-akhir ini. Selalu sebulan sekali baru balik. Itu pun jarang”, tanya Farah.
“Kau nie, balik rumah mak pun salah. Biarlah dia, dia rindu sangat mak dia kot”, jawab Sykin endah tak endah.
“Yelah, kalau rindu pun takkan sampai ponteng kelas. Masuk minggu ini dah 2 minggu tak datang kelas. Datang pun kuliah jek. Makmal lagilah lansung dia tak nampak batang hidung.”, kata Farah yang inginkan penjelasan.
“Kau nie tanya macam aku nie kaunter pertanyaan pulak”, seloroh Sykin sambil mengkerutkan dahinya.
“ Aku dengar tunang dia yang dari luar negara tue baru balik. Lepas rindu kat pakwe dia kot”, teka Sykin.
“Laa, patutnya tunang baliklah happy. Ini makin monyok delah. Dahlah dengan kita pun dah jarang berbual”, keluh Farah.
“Biarlah Farah oiiii. Takkan kita nak control hidup dia pulak. Bila tima happy, bila time marah. Kita ini kawan jek. Yang penting kita support dia kalau ada masalah”, ujar Sykin yang menampakkan kematangannya.
“Eh, mana pulak bas ni? Dah bernanah punggung aku duk tepi jalan ni”, keluh Sykin.
“Sekejap lagi sampai lah tue”, jawab Farah yang ingin menjernihkan suasana walaupun dia turut risau bas tidak muncul-muncul.
10 minit kemudian, bas tidak muncul-muncul. Perhentian bas semakin sesak dengan kehadiran orang ramai yang turut ingin ke kelas. Sekali-sekala Farah meringankan matanya untuk melihat jam. Kelas bakal bermula dalam 20 minit. Otaknya mula mengira-ngira. Perjalanan ke kelas dengan menaiki bas mengambil masa kira-kira 15 minit. Hatinya mula gelisah. Dia dan Sykin bergerak ke hadapan orang ramai untuk mengelakkan diri dari tidak dapat naik ke bas. Selalunya, kalau ramai begini ada sahaja yang tidak dapat menaiki bas dan perlu menunggu bas seterusnya. Bayangan Tan Kar Boon yang menyuruh pelajar yang lambat datang ke kelas untuk bernyanyi mula terngiang-ngiang. Dalam hati Farah terdetik, lama juga aku tak pergi karoake. Farah tersenyum nakal.
Tiba-tiba......
Zushhhhhhhhhhhh....Sebuah kereta suzuki swift menyusuri jalan itu dan di saat itulah percikan lumpur terkena pada baju Farah. Habis bajunya basah kuyup dan diwarnai dengan hiasan lumpur. Sykin terkena sedikit lumpur di seluarnya tapi tidak jelas kelihatan tapi Farah, rasanya orang buta pun akan tahu yang itu lumpur. Farah yang terkejut dengan kejadian itu tadi tidak dapat berkata apa-apa seketika. 5 saat kemudian baru dia bersuara.
“ Woi, tak pernak bawak kereta ke? Kau ingat ini jalan !@##$%%^^& yang punya ke?”, jerit Farah ke arah kereta itu yang dalam keadaan sangat marah.
Pemandu kereta itu yang sedar ada seseorang menjerit ke arahnya meberhentikan kereta secara tiba-tiba. Farah yang dalam keadaan marah menuju ke arah kereta itu. Namun setelah separuh perjalanan Farah ke arah kereta itu, kereta itu berlalu pergi. Alangkah terkejutnya Farah melihat perbuatan pemandu itu yang difikirkannya akan meminta maaf. Langkahnya dihentikan dan matanya tertumpu tajam ke arah nombor plat kereta itu.
Sykin yang mengikutnya dari belakang sejak tadi cuba menenangkan Farah yang dalam keadaan tidak terkawal. Farah menoleh kebelakang dan melihat semua mata tertumpu ke arahnya. Alangkah malunya Farah dengan perbuatannya sebentar tadi. Pandangannya dialihkan melihat keadaan bajunya yang seperti baru bermain lumpur dan malunya bertambah.
“Kau tak apa-apa?”, tanya Sykin namun Farah tidak menjawab.
Di saat itu, bas sudah pun sampai. Semua orang berpusu-pusu ingin menaiki bas.
“ Kau pergilah kelas. Tak apa, aku nak balik sekejap tukar baju”, kata Farah yang menundukkan pandangannya.
“Tak apalah, aku temankan kau. Kasihan kau sorang-sorang”, jawah Sykin.
“Kau pergilah. Sekurang-kurangnya ada wakil. Syaz tak tahu pergi kelas ke tak. Lagipun, manalah tahu doktor ada bagi assigment”, desak Farah.
“Oklah tp kau ok ke nie? Apa-apa hal nanti call aku ok?”, kata Sykin.
“Ok”, jawab Farah yang nak tak nak.
Sykin segera berlari ke arah bas. Nasib baik 2 bas datang serentak, jadi tak perlu menunggu lama untuk menaiki bas. Manakala Farah berlalu pergi ke arah rumah sewanya sambil membuat muka malu. Namun mulutnya tidak berhenti sumpah seranah kepada pemandu kereta itu tadi. Hatinya berkata “ Siaplah kau, sampai lubang cacing aku cari kau nanti”.
ika..sambung la lgi citer nih...waitng for part 4..hihi..caiyok!
ReplyDeletetq linda for sudi bace...insyaAllah akan de sambgan..tguuuuuu
ReplyDelete