Saturday, September 15, 2012

Coretan kisah silam


                Peristima ini berlaku semasa aku berumur 8 tahun dan ketika itu umat Islam sedang menyambut hari raya aidilfitri. Aku dikejarkan ke hospital Batu Pahat setelah pihak klinik menyatakan yang keadaanku kritikal dan perlu rawatan lanjut. Di saat itu aku tidak sedarkan diri dan aku sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada diriku. Perkara yang aku ingat kami sekeluarga sedang bersiap-siap untuk pergi beraya ke rumah makcik di Pontian. Aku, abang dan kakak menaiki moto yang sama yang dibawa oleh ayah untuk pergi ke pekan untuk menunggu bas di situ. Memandangkan saiz-saiz kami yang agak kecil, ayah menggagahkan diri membawa motor tersebut. Teringat lagi motor yang dibawa ayah hanyalah sebuah vespar buruk berjasa yang aku naiki setiap hari ke sekolah.

                Setibanya aku di hospital aku, aku seperi tersedar seketika sebelum aku kembali terlena. Di saat aku tersedar, aku seperti sedang disorong di atas sebuah katil empuk dan  terlihat kiri dan kanan ku beberapa orang jururawat lelaki dan perempuan yang menyorong laju katilku dan kemudian aku terlena semula.

                Sewaktu itu, aku tidak tahu apa yang berlaku. Aku hanya membenarkan diriku tidur lena di atas katil. Sesekali terdengar banyak suara di luar tapi mataku tidak dapat melihat siapakah yang berkata. Apabila terdengar suara ibuku berkata, aku teringin sekali membuka mata tetapi mataku sangat berat untuk dibuka. Seperti otak ku memaksaku untuk tidur lebih lama. Dalam tidurku, mungkin aku mengangankan bahawa aku sudah sampai ke syurga. Teringat zaman kecil aku tidak tahu apa-apa mengenai syurga. Hanya cerita-cerita yang diberitahu oleh guru-guru betapa indahnya syurga dan calon-calon penghuninya juga bukan sembarangan. Aku selalu berfikir aku tidak layak untuk masuk ke syurga kerana guru pernah berkata yang penghuni syurga hanya untuk orang yang baik dan tidak melawan cakap ibu bapa. Aku yang baru berumur 8 tahun pasti banyak kali melawan cakap ibu bapa. Sesekali aku berfikir, tiada suatu perkara yang aku lakukan akan melegakan ibu bapa ku. Membasuh baju, memberi makan, menyiapkan peralatan dan pkaian ke sekolah semua dilakukan oleh ibu manakala ayah berhempas pulas mencari rezeki dari pagi hingga ke petang demi memberi kami sekeluarga makan dan pakaian yang cukup. Aku seakan mahu menangis di dalam tidurku sendiri, dimanakah Tuhan ingin tempatkan aku sedangkan aku sendiri tidak tahu apakah pahala dan dosaku.

                Namun Tuhan masih menyayangiku. Aku tersedar pada lewat malam. Di saat aku ingin membuka mata setelah lama mataku dipejam, suasana amat gelap.  Disisiku aku terlihat ibuku sedang menangis. Mungkin disaat itu ibu terlihat aku membukakan mataku setelah lama berada dalam koma. Setelah mataku dapat dibuka penuh, mataku hanya terpandang tepat pada wajah ibuku. Wajah ini yang ku rindu dalam tidurku. Namun, pandanganku teralih kepada juraian air mata ibu ku. Sesekali aku terlihat ibuku mengesat air matanya untuk mengelakkan aku melihat tangisan itu. Namun suasana yang gelap tetap tidak dapat menyembunyikan tangisan itu dari padanganku. Aku yang musykil dan tidak tahu apa-apa yang terjadi mula berasa ragu akan situasi tersebut. Mulut ku ingat berkata sesuatu kepada ibu tetapi susah rasanya itu mengeluarkan bunyi. Aku cuba juga untuk berkata-kata kerana tidak mahu ibuku terus menangis. Ayat-ayat yang ku susun seakan hilang dalam mulut ku tanpa sebarang suara. Akhirnya, aku menguatkan diri untuk berkata namun perkataan yang aku perdengarkan kepada ibu adalah suatu penyesalan besar dalam hidupku. Walaupun sewaktu itu aku benar-benar tidak tahu apa yang terjadi namun tanpa berfikir panjang aku bertanyakan soalan yang semakin mengguris perasaan ibu ku.

                “Kenapa mak menangis?”, kataku yang tersekat-sekat yang penuh tanda tanya. Namun jawapan dari ibuku hanyalah tangisan yang semakin laju gugur dipipinya. Aku tidak berputus asa dan bertanya lagi “Kenapa mak menangis?” soalan sama yang aku ajukan kepada ibuku dan kali ini soalanku berjawab.

                “Tak ada apa-apa. Tidur nak, mak ada kat sini”, kata ibuku sambil menyapu air matanya dan membetulkan selimutku. Aku yang penuh tanda tanya apa yang terjadi sebenarnya hanya mengikut arahan ibuku. Aku tidak mahu lagi air mata jatuh dari ke pipinya hanya disebabkan aku dan berharap esok pagi, senyuman ku dapat mengubati kesedihan ibuku.

                Keesokan harinya, aku terdengar namaku disebut perlahan. Aku sangat mengenali suara tersebut yang sangat aku rindu lalu aku kuatkan diriku untuk membuka mata walaupun terasa badanku amat lemah dan tidak berdaya untuk mengangkat tanganku. Sejurus mataku terbuka luas, kelihatan seorang lelaki berbaju putih dan seorang wanita disebelahnya sedang memeriksaku. Mereka memeriksa mataku menggunakan lampu suluh dan degupan jantungku menggunakan alat yang digantung pada telinga lelaki tersebut manakala perempuan berbaju putih sibuk menukarkan alat yang dicucuk pada tanganku. Kelihatan sebungkus darah dalam plastik putih digantung dan beliau mencucuk jarum ke pergelangan tanganku. Rasanya tidaklah terlalu sakit tetapi disebabkan umurku yang baru 8 tahun membuatkan aku seperti ingin menangis namun ku kuatkan diri apabila teringat peristiwa malam tadi. Aku berjanji tidak mahu membuat ibuku menangis lagi . Selepas itu, doktor dan ibu pergi ke suatu sudut seperti sedang berbincang sesuatu. Yang dapat ku lihat hanya senyuman doktor dan balasan anggukkan dari ibuku.

                Selepas itu, ibu membersihkan aku hanya dengan mengelap badanku. Ketika ibuku sibuk menguruskan aku, aku terdengar suara kakak dan abang ku di sebelahku. Aku tidak tahu yang katil mereka hanya bersebelahan dengan aku kerana pandanganku hanya tertumpu kepada bahagaian kananku. Tambahan deria penglihatanku yang tidak berapa jelas membuat ku tidak tahu siapa yang mendekatiku. Hanya suara mereka yang aku kenali. Setelah siap ibuku menyuruh kakak dan abangku menjagaku dan ibuku bersiap untuk beredar. Aku menangis ingin mengikut ibuku tetapi ditolak ibuku. Kakak dan abangku yang turut baring di atas katil bersebelahan denganku memberitahu sekejap lagi ibu turun semula. Mereka memberitahu ibu mahu melihat ayah. Tiba-tiba aku teringat saat terakhir sebelum aku tidak sedarkan diri adalah bersama ayah, kakak dan abangku. Namun yang dapat ku ilhat hanya ibu, abang dan kakak. Ayah lansung tidak menjengukku. Dalam fikiranku mula berfikir yang bukan-bukan. Aku berkata ingin melihat ayahku juga tapi jururawat disitu tidak membenarkan aku pergi ke mana-mana kerana keadaanku yang lemah. Tangisanku semakin kuat dan perbuatanku semakin mengganggu penghuni disitu. Aku di tenteramkan oleh jururawat-jururawat disitu dan setelah diberi satu suntikan di lenganku, aku kembali tidak sedarkan diri.

                Keesokan harinya seperti biasa aku tersedar dari tidur dan diberi sarapan pagi. Tidak tahu kenapa perutku berasa sangat lapar namun sarapan yang disediakan hanyalan bubur kerana terdapat kecederaan pada bibirku dan tidak boleh makan sembarangan. Sesekali menghirup bubur yang sangat hancur dan hangat, bibirku terasa pedih. Ibu memberitahu bahawa bibir disebelah kananku terkoyak sedikit dan akan dijahit pada hari ini. Namun kesakitan itu membantutkan seleraku kerana kesakitan yang teramat sangat apabila ingin membuka mulut dan menyuap makanan. Aku juga tidak dapat bercakap banyak kerana kepedihan yang dirasa. Hanya tangisan tanpa bunyi yang dapat ku lakukan untuk melepaskan kesakitanku.

                Petang itu selepas aku selesai menjahit bibirku yang terkoyak dan pulang ke wad semula dengan kerusi roda, abang dan kakakku sedang berkemas-kemas. Aku berasa hairan kerana mereka seperti ingin keluar dari hospital dan kemudian barulah aku tahu kakak dan abang tidak mengalami kecederaan yang teruk. Hanya aku dan ayah mengalami keadaan yang agak kritikal. Tambahan mereka sudah 3 hari tinggl di wad tersebut dan sudah boleh pulang selepas mendapatkan rawatan. Ketika itu barulah aku tahu yang aku tidak sedarkan diri selama 2hari dan badanku penuh dengan lebam-lebam termasuk dahiku yang membengkak. Pada mulanya ibu tidak membenarkan aku melihat muka ku di cermin tapi aku memberanikan diri melihat mukaku sendiri di cermin. Alangkah terkejutnya aku setelah melihat mukaku sendiri yang aku sendiri tidak kenali. Kemudian aku dilawat oleh pakcik dan makcik serta rakan kerja ayah aku merangkap guru ku di sekolah. Aku berasa malu atas wajahku sendiri dan malu berdepan dengan mereka. Mereka yang melawatku tidak putus-putus memberiku semangat supaya cepat sihat dan kembali bersekolah. Ibuku pula tidak putus-putus menerima wang sumbangan dari mereka. Supaya Allah memberkati insan-insan yang banyak menolong keluargaku.

                Peristiwa pertama kali aku melihat wajah ayahku selepas kemalangan tersebut masih terngiang difikiranku. Ibu menyorongku menggunakan kerusi roda dan menaiki lif ke tingkat 2 hospital. Alangkah terkejutnya aku melihat keadaan ayah yang terbaring serta kaki dan tangannya dibalut. Gigi ayah pula dikancing dengan besi kerana masalah pada rahang dan leher ayah disokong dengan alat berwarna putih. Sayu hatiku melihat keadaanku manakala ayah hanya boleh tersenyum melihatku tanpa boleh berkata apa-apa. Ibu menyuapkan bubur ke mulut ayah dan ayah hanya dapat membuka sedikit sahaja mulutnya kerana besi yang dipasang pada mulut ayah.

                2 minggu berlalu, aku diberitahu sudah boleh pulang ke rumah setelah lama berada di dalam hospital manakala ayah tidak boleh pulang lagi kerana kecederaan yang dialami ayah agak teruk dan perlu rawatan selanjutnya. Aku terkenangkan betapa gagahnya ibu menghadapi semua ini. Siang hingga ke malam menjaga kami tanpa mempedulikan makan dan minumnya. Jasa ibu tidak dapat aku balas di dunia ini mahupun di akhirat.

                “Mak, eqa sayang sangat kat mak. Waktu eqa sakit, mak jaga eqa siang malam. Mak tak cukup tidur sebab eqa, mak tak cukup makan sebab eqa. Mak tak pernah cakap mak lapar depan eqa, mak hanya cakap “tak apa, mak ok”. Eqa sedih tak dapat nak balas budi mak. Eqa yang byk sushkan mak. Even skrunk dah abis belajar pun eqa still tak dapat wat benda yang membanggakan mak. Mak, klu suatu hari mak tak ada, eqa rasa pun tak perlu hidup lagi. Eqa lebih rela Tuhan tarik nyawa eqa dahulu sebelum mak. Eqa sentiasa doakan mak supaya sihat. Eqa mintak maaf kalau banyak buat mak kecewa dari bahgia. Eqa bertuah sgt jd anak mak. SAYANG MAK SANGAT2…”

Takdir Suria


Suria, seorang wanita periang dan sering menjadi perhatian pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya. Setiap lelaki yang mengenalinya pasti ingin berkawan dengannya dan cuba menarik perhatiannya. Tapi, Suria lansung tidak tertarik pada rakan-rakan sebayanya kerana padanya lelaki yang sebaya dengannya tidak cukup matang untuk dijadikan teman. Suria sudahpun mempunyai teman lelaki atau dalam bahasa pasarnya ’boyfriend’. Farish yang dikenali dari rakan-rakannya mula menjalin hubungan sejak pertama kali berjumpa di pesta harijadi rakannya. Farish merupakan anak salah seorang engineer terkenal di bandar tersebut. Malah kini, dia sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan awam untuk mengikut jejak langkah ayahnya. Mereka saling suka-menyukai antara satu sama lain sejak pertama kali bertemu. Hubungan mereka berkekalan hampir 3 tahun setelah Suria juga berjaya menamatkan pelajarannya dan bekerja sambilan sebagai seorang pelayan restoran. Kehidupan Suria tidaklah semewah Farish semenjak ayahnya meninggal dunia 2 tahun yang lalu dalam kemalangan jalan raya. Bahkan ibu nya sering jatuh sakit akibat sakit tua. Suria merupakan anak bongsu dari 5 adik beradik tapi bebanan yang dihadapi keluarganya perlu ditanggung sendirian setelah pemergian bapanya apabila kakak dan abangnya yang sudah berkeluarga dan perlu menanggung keluarga masing-masing.

Farish disuruh oleh ibu bapanya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negera setelah habis belajar. Permintaan ibu bapanya tidak dapat dibantah kerana dia merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga tersebut dan menjadi harapan keluarga. Separuh hatinya mengatakan dia mahu pergi tetapi separuh lagi hatinya mengatakan mana mungkin dia berpisah jauh dari Suria. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk memberitahu Suria tentang keputusan keluarganya. Suria amat sedih pada mulanya apabila mengetahui bahawa Farish akan ke sana selama 5 tahun tetapi bila difikirkan semula, dia merasakan itu lah yang terbaik untuk Farish.

Demi rasa cintanya kepada Suria, Farish mengajak Suria berkahwin sebelum dia berangkat ke luar negara. Namun, hasratnya ingin mengahwini Suria dibantah keras oleh ibu bapa Farish. Malahan, ibu bapanya melarang Farish berkawan dengan Suria sehinggakan ibu bapanya berjumpa dengan Suria dan menyuruhnya menjauhkan diri dari Fariz. Seminggu berlalu, Suria tidak lagi menghubungi Farish. Malahan panggilan telefon dan pesanan ringkas yang dihantar Farish juga tidak di balas. Hatinya benar-benar susah untuk melepaskan Farish pergi tapi apakan daya, sebelum mengejar cinta, cita-cita perlu digapai terlebih dahulu. Pada hari Farish akan berangkat ke luar negara, Suria tidak dapat menghantarnya kerana ibunya tiba-tiba sakit kuat. Namun, dalam hati Suria selalu berdoa agar kekasih hatinya itu selamat sampai ke sana dan berjaya mencapai impian yang diimpikan.  

Seminggu berlalu semenjak pemergian ibu Suria. Kematian ibunya selang sehari setelah Farish berangakat ke luar negara setelah doktor mengesahkan ibunya sebenarnya menghidapi kanser rahim yang kritikal dan tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak tergambar betapa deritanya Suria apabila kehilangan dua orang yang amat disayangi pada waktu yang sama. Namun, suratan Ilahi tetap diterimanya dengan hati yang redha. Tidak lama selepas itu, Suria memberanikan diri pergi ke rumah Farish untuk bertanyakan khabar Farish di sana yang sudah lama tidak didengarinya. Namun, cercaan dan maki hamun ibu bapa Farish membuatkan Suria bertambah sedih apabila Suria dihalau keluar dari rumah tersebut tanpa rasa belas kasihan. Dalam pada itu, Farah, adik bongsu kepada Farish sempat memberikan sepucuk surat kepada Suria sebelum dia dihalau. Katanya, abang Farish menyuruhnya memberikan surat itu kepada Suria 2 hari yang lepas apabila farish menghantar gmbar ke ibu bapanya. Hati Suria kembali riang sebaik sahaja melihat tulisan pada surat tersebut. Ternyata farish tidak pernah melupakannya.

Kehadapan kekasihku Suria yang dicintai......

Abang menulis surat ini sebaik sahaja sampai di sini. Tak dapat digambarkan betapa rindunya abang pada Suria sebaik sahaja sedar yang kita telah berjauhan. Buat pengetahuan Suria, abang baik-baik sahaja di sini. Maafkan abang kerana tidak dapat berjumpa dengan Suria sebelum berangkat. Abang tidak rela melihat air mata Suria mengalir kerana abang. Abang takut tidak kuat untuk menghadapi kenyataan yang kita akan berpisah dan tak sanggup untuk meninggalkan Suria. Namun, harapan ibu dan ayah tak dapat abang abaikan. Abang harap Suria faham dengan keadaan abang. Anggaplah abang pergi demi masa depan kita kelak. Abang berjanji yang abang akan pulang dengan membawa kejayaan. Abang berharap sangat Suria dapat menunggu kepulangan abang kelak. Abang akan sentiasa mengingati Suria . Setiap pagi, abang akan melihat matahari terbit untuk melihat suria. Doa abang sentiasa untuk Suria disana agar berjaya mencapai cita-cita  Suria menjadi seorang penulis.  Kirimkan salam abang pada ibu Suria juga. Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Banyak lagi yang abang ingin ceritakan di sini tapi dakwat tak mengizinkan kerana dakwat pen abang dah nak habis...hehheheheh.....sekian, salam sayang dari kekasihmu buat Suria ku tercinta.

Mengalir deras air mata suria apabila membaca surat itu. Hatinya lega apabila mendapat khabar berita dari kekasihnya itu tetapi hatinya meruntun hiba apabila Farish menyebut nama ibunya. Bagaimana dia ingin memberitahu Farish yang ibunya sudah tiada?...bagaimana dia ingin memberitahu Farish yang dia sudah tiada sesiapa di dunia ini. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Sendirian dia menangis di rumah usangnya sambil ditemani comot, kucing peliharaannya yang dihadiahkan oleh Farish. Dia mula memikirkan bagaimana dia dapat menahan rasa rindunya selama 5 tahun. Nasib baiklah farish ada mengirimkan sekeping gambarnya kepada Suria. Sekurang-kurangnya, ingatan antara mereka berdua takkan luput sampai bila-bila.  

by Miss Heart Beat Writer (HBW)

Monday, December 19, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Memories of eid fitr 2011

           Tahun ni, sambutan hari raya aidilfitri lebih bermakna dalam hidup aku...raya kali ini diserikan dengan kehadiran 2 orang hero dalam family aku iaitu icad & que...ptutlah org ckp, anak memg boleh mengubah segalanya...tambahan tahun nie family aku wat hari family ala2 garden party...wat barbeque kt laman depan umah nenek ...pastue makan kt atas tikar jek...tapi ape2 hal doa selamat and bacaan yasin didahulukan...sweet night that day....waktu tue btul2 sume family aku ade....alhamdullillah...aku harap acara gini diteruskan pd msa akan datang...

me with my beloved mum

my family with my beloved nenek



makan time

makan jangan tak makan

3 flower in my family...k.ngah, k.intan n me with icad

me beloved nephew que with his father, abg ude

my two sisters

abg long n his wife, k.iena

abg achik with icad 

me and icad's mum

my hero, mohammad irsyad called icad

abg long n k.iena with que

mum with que

ayah que n mum

my sister, k.intan with que

que wtih his parent...k.iera n abg uder

my beloved father with que

two mum with different child

ade jek aq nak menyelit....

with my cousin, yaya...
               Actually, nak gak cerite skit tugas aq malam tue...aq ditugaskan utk sediakan cabutan bertuah utk budak-budak dalam family aku...habis sume budak beratur depan aku mintak aku tulis name diorg....kelakar gak ade cz pakcik2 n makck2 aq pun nak join....mule2 fikir nt kelam kabut plak...tp nak wat cmner, demi memeriahkan suasana raya tambahan hari family, aku wat suke hati aku jek....orang kate family come first...aku tulis sume nme adik-beradik aq termasuk mak ayah aku....tapi yang ptg, aku xkan tulis name aku lh, takut orang x puas ati lak....kelakar2...awal2 nme mak long kluar...sume orang terkejut....kalau nak tau hadiah cabutan bertuah tue sumenye jajan plus de tupperware wat budk2 pg skolah...so, klu aq xdapat pun xpe....tp time tue aku apa lagi, tunduk jelah takut orang balik kek lak kat aku..heheheh....sajee nk memeriahkan suasana...pe salahnye kan....kt situ aku tengok semua ahli keluarga aku bergelak ketawa...aku rasa happy...tak ada benda pling happy dalam hidup aku melainkan tgok setiap ahli keluarga aku bahagia...even saat last de smething happen tp itu sume adat.....aku berdoa agar keceriaan ini berterusan sampai bila-bila....amin....yarabal alamin.....wasalam...

Wednesday, July 13, 2011

PART 4

                Malam itu Sykin, Farah dan Syaz pergi ke kelas ganti Dr Tan Kar Boon menggantikan kelas minggu lepas yang batal. Kelas berakhir kira-kira jam 9.30 malam. Sebelum kelas tamat, Dr Tan Kar Boon menyuruh Syaz berjumpa dengannya sebelum pulang. Sykin dan Farah setia menunggu di luar untuk menemani Syaz. 10 minit kemudian Syaz keluar dan Farah serta Sykin menghampirinya.
                “ Kau ok ke Syaz?Kenapa doktor nak jumpa kau?”, tanya Sykin.
                “ Tak ada apa-apa. Cuma ada masalah sikit dengan kedatangan aku”, jawab Syaz dengan muka sugul.
                “Habis itu macam mana?Dah settle?”, tanya Farah mencelah.
                “Ehm, aku kena buat surat nyatakan sebab aku banyak tak datang kelas dia”, jawab Syaz
                “Oh, gitu ke. Kalau gitu tak apalah. InsyaAllah doktor tolak ansur dengan kau. Dr Tan Kar Boon kan baik. Jejaka idaman Malaya lah katakan”, gurau Farah untuk menenangkn keadaan. Sykin dan Syaz hanya tertawa kecil.
                Tiba-tiba, ada suara menegur mereka dari belakang.
                “ You all not back yet?’, tanya seorang lelaki berbadan tegap berdiri di belakang Farah. Alangkah malunya Farah sebaik sahaja dia menoleh, Dr Tan Kar Boon berdiri betul-betul di belakangnya.
                Sykin dalam keadan panik pun menjawab “ Dah nak balik lah nie doktor. Tunggu Syaz jek”.
                “Oh, ok. Thank you for attending class today. Have a nice night”, jawab Dr Tan Kar Boon lalu berlalu pergi menuruni tangga.
                Sykin yang terpegun melihat kekacakkan doktor itu melihat doktor berlalu pergi sehingga hilang kelibat dari pandangan matanya sambil berkata perlahan “ You’r welcome doktor handsome”.
                “ Hello”, tegur Syaz sambil melambai-lambaikan tangannya di depan mata Sykin.
                Sykin yang terkejut terus menjawab “ Haaa, ye. Kenape ? Kenapa?”, tanya Sykin.
                “ Kau tue tengok doktor macam tak jumpa dah lepas nie”, ujar Syaz.
                “ Biasalah itu, Dr Tan Kar Boon tue. Handsome kan dia hari ini. Macam artis Korea. Hehehe”, kata Sykin yang sememangnya fanatik K-pop.
                “Aku tahu kau suka dia tapi sudah-sudahlah tue. Kau kena berpijak di bumi yang nyata”, nasihat Syaz.
                “Kenapa pulak? Kau ingat aku tak boleh dapat doktor itu ke?”, tanya Sykin kepada Syaz.
                “Aku tak kata tak boleh tapi doktor kan sudah ada tunang. Kau nak jadi perampas ke?”, tanya Syaz balik.
                “ Heheheheh. Tak naklah. Aku just admire jek. Siapa tak nak lelaki muda macam itu dah dapat title doktor. Haa, kan bagus gitu dah nak bergurau dengan kita orang. Inilah Syaz yang sebenar”, jawab Sykin sambik tertawa.
                Perbualan Syaz dan Sykin yang rancak tidak menyedari yang Farah sudah meninggalkan mereka menuruni tangga. Sykin yang sedar ketiadaan Farah lekas-lekas mengejarnya hingga. Bahu Farah dipegang.
                “Eh, kau kenapa? Tunggulah kita orang kalau nak balik pun”, kata Sykin yang mengah manakala Syaz mengikuti mereka dari belakang sambil cuba menelefon seseorang.
            “ Tak ada apa-apa. Korang berbual rancak sangat, malas nak kacau”, jawab Farah.
            “ Eleh, ini mesti kau malu pasal kau cakap pasal doktor tadi kan?. Relakslah doktor sporting. Lagipun kau bukan kutuk dia. Dia sepatutnya berbangga sebab jadi lelaki cina pertama jadi pujaan Malaya”, gurau Sykin utnuk menjernihkan suasana.
            “ Yelah tu”, jawab Farah yang turut tertawa.

            “ Eh, aku balik dulu ye. Ada orang tengah tunggu aku kat depan sana”, ujar Syaz yang kelam-kabut.
            “ Oh, kau tak balik rumah ke malam ini?”, tanya Farah.
            “ Tak kot, aku ada hal nak cepat. Sorry tak dpat nak hantar you all balik”, ujar Syaz lagi.
            “It’s ok. Bas kan ada. Hati-hati balik”, jawab Farah lagi.
            Syaz pun berlalu pergi meninggalkan mereka. Kira-kira 500 meter dari mereka. Sebuah kereta memberhentikan keretanya di hadapan Syaz lalu Syaz pun terus menaiki kereta itu. Di saat itu mata Farah memandang tajam ke arah kereta itu. Dia seolah-olah pernah nampak kereta itu sebelum ini. Namun suasana malam yang gelap gempita yang hanya disinari cahaya lampu di tepi jalan membuatkan pandangannya samar-samar. Gerak hati Farah kuat mengatakan kereta itulah yang melemparkan lumpur dibajunya minggu lepas tapi nombor plat kereta yang tidak jelas membuatkan dirinya ragu-ragu. 

Monday, June 27, 2011

Icad's first step

Officially I want to report about my first step of my lovely nephew name's ICAD...this thing happens can be admitted by icad's father, grandpa, grandma, cik ika(myself), cik in and ayah chu....Unfortunately, these occasion cannot be seen by his mother because my sister still in her seminar at Melaka...sorry k.ngah, xdpt cek nak tlog....i hope ICAD will grow healthily and can walk freely...excited to see QUE (my other nephew) walk also...this photo can refresh our memory...enjoy it...















Wednesday, June 15, 2011

PART 3

Part 3:

                “Sykin,Syaz  jom pegi kelas”, ajak Farah yang berdiri di hadapan bilik sambil membetulkan tudungnya
                “Jom”, jawab Sykin.
                Langkah mereka terhenti ketika ingin menuruni anak tangga. “Eh, mana Syaz?”, tanya Farah.
                “Kau nie, Syaz mana balik malam tadi”, seloroh Sykin.
                “Eh, bukan semalam petang dia balik?”, tanya Farah lagi.
                “Memanglah balik tapi lepas Isyak dia keluar semula. Itulah kau, sibuk sangat layan perasaan sampai kawan sendiri pun dah tak kisah”, perli Sykin sambil menuruni anak tangga.
                Farah yang tersentap terus bersuara “ Aku bukan tak nak ambil tahu tapi aku....”, kata-kata Farah terhenti apabila mengenangkan peristiwa pahitnya semalam.
                “Senyap pulak. Dahlah, jom pergi kelas. Kalau dengar masalah korang berdua ini, sampai bulan depanlah aku tak ke kelas. Dahlah lepas ini kelas favourite aku. Tan Kar Boon rindu aku nanti”, celoteh Sykin sambil mencari kasutnya di rak kasut. Kata-kata Sykin membuatkan Farah tertawa kecil. Sykin memang tempat rakan-rakannya mengadu. Kematangan yang dimiliki Sykin membuatkan rakan-rakannya selesa berkongsi masalah. Cuma satu kelemahan Sykin adalah, dia pantang kalau ada cerita atau lagu Korea baru, cepat sahaja ingin membelinya. Malahan, biliknya penuh dengan gambar kumpulan kegemarannya iaitu CN BLUE.

                Sambil berjalan menuju ke arah perhentian bas, Farah sempat bertanya kenapa Syaz sering pulang ke rumah ibunya akhir-akhir ini. Perubahan mendadak Syaz membuatkan Farah sedikit risau. Tambahan peperiksaan akhir bakal tiba.
                “Wei, kenapa Syaz asyik balik rumah mak dia akhir-akhir ini. Selalu sebulan sekali baru balik. Itu pun jarang”, tanya Farah.
                “Kau nie, balik rumah mak pun salah. Biarlah dia, dia rindu sangat mak dia kot”, jawab Sykin endah tak endah.
                “Yelah, kalau rindu pun takkan sampai ponteng kelas. Masuk minggu ini dah 2 minggu tak datang kelas. Datang pun kuliah jek. Makmal lagilah lansung dia tak nampak batang hidung.”, kata Farah yang inginkan penjelasan.
                “Kau nie tanya macam aku nie kaunter pertanyaan pulak”, seloroh Sykin sambil mengkerutkan dahinya.
                “ Aku dengar tunang dia yang dari luar negara tue baru balik. Lepas rindu kat pakwe dia kot”, teka Sykin.
                “Laa, patutnya tunang baliklah happy. Ini makin monyok delah. Dahlah dengan kita pun dah jarang berbual”, keluh Farah.
                “Biarlah Farah oiiii. Takkan kita nak control hidup dia pulak. Bila tima happy, bila time marah. Kita ini kawan jek. Yang penting kita support dia kalau ada masalah”, ujar Sykin yang menampakkan kematangannya.
                “Eh, mana pulak bas ni? Dah bernanah punggung aku duk tepi jalan ni”, keluh Sykin.
                “Sekejap lagi sampai lah tue”, jawab Farah yang ingin menjernihkan suasana walaupun dia turut risau bas tidak muncul-muncul.
               
                10 minit kemudian, bas tidak muncul-muncul. Perhentian bas semakin sesak dengan kehadiran orang ramai yang turut ingin ke kelas. Sekali-sekala Farah meringankan matanya untuk melihat jam. Kelas bakal bermula dalam 20 minit. Otaknya mula mengira-ngira. Perjalanan ke kelas dengan menaiki bas mengambil masa kira-kira 15 minit. Hatinya mula gelisah. Dia dan Sykin bergerak ke hadapan orang ramai untuk mengelakkan diri dari tidak dapat naik ke bas. Selalunya, kalau ramai begini ada sahaja yang tidak dapat menaiki bas dan perlu menunggu bas seterusnya. Bayangan Tan Kar Boon yang menyuruh pelajar yang lambat datang ke kelas untuk bernyanyi mula terngiang-ngiang. Dalam hati Farah terdetik, lama juga aku tak pergi karoake. Farah tersenyum nakal.
                Tiba-tiba......
                Zushhhhhhhhhhhh....Sebuah kereta suzuki swift menyusuri jalan itu dan di saat itulah percikan lumpur terkena pada baju Farah. Habis bajunya basah kuyup dan diwarnai dengan hiasan lumpur. Sykin terkena sedikit lumpur di seluarnya tapi tidak jelas kelihatan  tapi Farah, rasanya orang buta pun akan tahu yang itu lumpur. Farah yang terkejut dengan kejadian itu tadi tidak dapat berkata apa-apa seketika. 5 saat kemudian baru dia bersuara.
                “ Woi, tak pernak bawak kereta ke? Kau ingat ini jalan !@##$%%^^& yang punya  ke?”, jerit Farah ke arah kereta itu yang dalam keadaan sangat marah.
                Pemandu kereta itu yang sedar ada seseorang menjerit ke arahnya meberhentikan kereta secara tiba-tiba. Farah yang dalam keadaan marah menuju ke arah kereta itu. Namun setelah separuh perjalanan Farah ke arah kereta itu, kereta itu berlalu pergi. Alangkah terkejutnya Farah melihat perbuatan pemandu itu yang difikirkannya akan meminta maaf. Langkahnya dihentikan dan matanya tertumpu tajam ke arah nombor plat kereta itu.
                Sykin yang mengikutnya dari belakang sejak tadi cuba menenangkan Farah yang dalam keadaan tidak terkawal. Farah menoleh kebelakang dan melihat semua mata tertumpu ke arahnya. Alangkah malunya Farah dengan perbuatannya sebentar tadi. Pandangannya dialihkan melihat keadaan bajunya yang seperti baru bermain lumpur dan malunya bertambah.
                “Kau tak apa-apa?”, tanya Sykin namun Farah tidak menjawab.
                Di saat itu, bas sudah pun sampai. Semua orang berpusu-pusu ingin menaiki bas.
                “ Kau pergilah kelas. Tak apa, aku nak balik sekejap tukar baju”, kata Farah yang menundukkan pandangannya.
                “Tak apalah, aku temankan kau. Kasihan kau sorang-sorang”, jawah Sykin.
                “Kau pergilah. Sekurang-kurangnya ada wakil. Syaz tak tahu pergi kelas ke tak. Lagipun, manalah tahu doktor ada bagi assigment”, desak Farah.
                “Oklah tp kau ok ke nie? Apa-apa hal nanti call aku ok?”, kata Sykin.
                “Ok”, jawab Farah yang nak tak nak.
                Sykin segera berlari ke arah bas. Nasib baik 2 bas datang serentak, jadi tak perlu menunggu lama untuk menaiki bas. Manakala Farah berlalu pergi ke arah rumah sewanya sambil membuat muka malu. Namun mulutnya tidak berhenti sumpah seranah kepada pemandu kereta itu tadi. Hatinya berkata “ Siaplah kau, sampai lubang cacing aku cari kau nanti”.