Tuesday, June 14, 2011

PART 2

Part 2:

                “Kenapa dengan kau nie Farah?”, tanya Sykin, teman serumah kepada Farah.
                Farah terus senyap membisu, tiada sepatah pun yang dituturkan untuk menjawab soalan Sykin itu tadi. Perasaan hibanya masih menebal di hatinya.
               
                Tiba-tiba, terdengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah.
                “ Awal kau balik Syaz, selalunya tengah malam pun susah nak jumpa batang hidung kau. Ini kereta  siapa pula kau bawa balik?”, tanya Sykin dalam nada sindiran.

                “Aku baru balik dari rumah mama aku lah. Ini kereta papa aku. Kenapa? Kau nak pinjam?”, jawab Syaz balik dalam nada sindiran.

                “Eh, boleh ke? Baiknya  kau. Kalau gitu aku nak pinjam bawa balik kampung esok boleh?”, tanya Sykin sekali lagi dalam nada sindiran. Tiba-tiba Syaz mencampakkan kunci keretanya ke atas meja dan berlalu naik ke biliknya. Sykin yang terkejut melihat gelagat rakannya itu merasa bersalah atas gurauan yang mungkin berlebihan pada Syaz.
                “Aku main-main jelah”,ujar Sykin.
                “Dung”, bunyi pintu bilik Syaz dihempas kuat.
                Farah dan Sykin saling berpandangan. Mereka gusar dengan perangai Syaz yang akhir-akhir ini terlalu sensitif. Syaz yang dikenali mereka sebagai seorang yang happy go lucky tidak pernah berkelakuan demikian. Sejak akhir-akhir ini sahaja sikapnya mula berubah menjadi seorang yang pemarah. Pernah sekali-sekala Sykin ingin bertanyakan masalah Syaz namun Syaz jarang pulang ke rumah sewanya itu. Kini, dia kerap pulang ke rumah mamanya dan jika pulang ke rumah itu pun pada waktu larut malam. Semenjak itu, Syaz banyak kali ponteng ke kelas.

                Farah yang masih memendam kesedihan hanya sebentar menumpukan perhatian terhadap perlakuan  Syaz. Kecewa dihatinya tetap tidak dapat diubati.

                Farah mengambil gitar di atas sofa dan berlalu keluar ke halaman rumah duduk di atas bangku kegemarannya.

                “Apa kenalah dengan kawan-kawan aku ini”, desus hati Sykin melihat kedua rakannya murung. “Dari aku tegur korang tak ada respon baik aku tengok CN BLUE aku”, kata Sykin dengan kuat yang malas ingin melayan kerenah Farah dan Syaz sambil memeganga remoote control astro. Butang 391 di tekan.

                Di halaman rumah, Farah memainkan lagu kesukaannya iaitu Kenangan Teridah dengan menggunakan gitar kesayangannya. Tatkala bermain gitar, pemikirannya menerawang teringatkan kisahnya yang lama.
                “Abang, orang nak juga pandai main gitar macam abang, abang ajarlah orang”, kata Farah kepada lelaki dihadapannya.
                “Orang nak belajar ke?Tak payahlah, nanti orang dah tere main gitar dah tak nak dengar abang main gitar lagi”, ujar lelaki itu dalam nada manja.
                “Ala, nanti abang dah pergi jauh siapa nak mainkan gitar untuk orang pulak?Bolehlah abang, ajar orang ok?”, pinta Farah sambil menghulurkan tangannya meminta permintaannya di tunaikan.
                “Oklah tapi janji, kalau abang ajar nie jangan pulak pergi ajar orang lain”, kata lelaki itu.
                “Kenapa pula?”, tanya Farah pelik.
                Lelaki itu tersenyum dan mendekatkan mulutnya ke telinga Farah. “Sebab abang ajar orang seorang jek, so tak naklah kongsi ngan orang lain”.
                “Kedekutnya orang tua nie”, sindir Farah sambil tersenyum sinis.
                “Biarlah, abang cikgu. Kena dengar cakap abang.HEHEHHEHEHEH”, balas lelaki itu.
                “Baiklah inspektor kedekut”,balas Farah kembali sambil mencebikkan bibirnya.

                Lamunan Farah terhenti tatkala melihat budak-budak kecil bermain di luar pagar  rumahnya. Kegirangan mereka bermain mengembalikan kenangannya ketika dia masih kecil. Telatah mereka bermain membuatkan hati Farah kembali ceria. Sifatnya yang menyukai kanak-kanak sedikit sebanyak dapat mengubati hatinya tatkala dia di dalam kesedihan.
               
                Tiba-tiba, seorang kanak-kanak yang sedang bermain bola tercampak bola yang  dimainnya ke halaman rumah Farah. Farah segera mengambil bola itu dan memberinya semula kepada kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu mengambilnya dan mengucapkan terrima kasih lalu berlalu pergi. Sejak itu, senyuman Farah kembali ke wajah riangnya. Sykin yang melihat dari tingkap tingkah-laku rakannya juga turut tersenyum. Namun, perhatiannnya juga hanya sebentar dan kembali menonton siaran kegemarannya.

No comments:

Post a Comment