Tuesday, June 14, 2011

PART 1


Apakah makna cinta pada jodoh?????
Apakat makna jodoh pada cinta????

Part 1:
                Farah masih setia menunggu kelibat orang yang dinanti-nantikannya muncul di hadapan pintu keluar  KLIA itu. Raut wajahnya kian berubah sejak orang yang dinantikan olehnya masih tidak muncul tiba sejak lebih sejam dia menunggu.  Adakah khabar yang dibacanya seminggu yang lalu di facebook hanyalah sebuah gurauan? Betapa mengharapnya dia untuk menemui insan itu buat sekian lama.  Penantiannya selama tiga tahun dirasakan berbaloi semata-mata untuk berjumpa dengannya. Kini, kesempatan yang ada tak akan dia lepaskan meskipun hanya dari jarak jauh.
               
                Tiba-tiba…..Farah memegang perutnya.
                “Sakit pulak perut nie”, keluh Farah apabila perutnya tiba-tiba meragam.
                Semakin lama, semakin kuat Farah memegang perutnya.
                “Ah, tak boleh jadi nie”, kata Farah dalam hati lalu terus meluru ke arah tandas.

                Di tandas keadaan agak sesak, terlalu ramai orang yang keluar masuk. Farah tetap bersabar walaupun keadaannya yang semakin darurat. Tiba-tiba perhatiannya tertumpu kepada seorang perempuan tua yang agak berumur sedang menunggu giliran masuk ke tandas. Perempuan tua itu bermuka pucat dan asyik mengurut-urut kepalanya. Tiba-tiba, datang seorang remaja yang dengan sambil lewa memotong barisan orang tua tersebut. Farah mula berasa kesal dengan sikap golongan remaja sekarang yang semakin tidak beradab.
                “Adik, mak cik ini sampai dulu sebelum adik. Janganlah ambil giliran orang”, kata Farah dengan sabar. Namun, remaja untuk buat tak endah dengan kata-kata Farah, malahan tanpa segan silu, remaja itu terus mengambil sebatang rokok dari beg tangannya dan terus merokok di dalam tandas itu. Bertambah panas hati Farah melihat kelakuan remaja itu yang semakin kurang ajar.
                Serta-merta, Farah mengambil rokok dari mulut remaja itu dan terus membuangnya ke lantai. Semua orang yang berada di tandas itu terus tercengang dengan tindakan Farah itu termasuk mak cik tua itu tadi.
                “Woi, apa nie?Kau ingat aku beli rokok nie gune duit mak bapak kau ke?, kata remaja itu yang memarahi tindakan Farah. Lalu Farah menjawab,
                “Memang mak bapak aku tak beli rokok tue tapi mak bapak aku ajar aku supaya jangan jadi kurang ajar. Kalau kau nak mati sangat, jangan lah sampai libatkan orang lain”, kata Farah membalas kata-kata remaja itu. Farah memang tidak gemar pada orang yang suka merokok.

                “Hei, suka hati aku lah nak buat apa pun. Aku tak menyusahkan hidup kau”, jawab remaja itu dengan marah.

                Tiba-tiba Farah menunjukkan tangannya ke tepi dinding di sebelahnya.
                “Kau tak tahu baca tulisan nie ke?”, tanya Farah
                “Kalau kau tak tahu baca biar aku bacakan, DILARANG MEROKOK, faham tak? Atau nak aku baca dalam bahasa arab biar kau lagi faham”, kata Farah sambil menunjukkan raut wajah serius. Serta-merta suasana di situ menjadi riuh. Ada yang terketawa kecil dan ada yang memberi senyuman sinis kepada remaja itu. Remaja itu yang berasa malu terus meninggalkan tandas itu.
                “Jaga kau kalau aku jumpa kau lagi”, ugut remaja itu yang bernada amat marah sebelum keluar dari pintu tandas itu.
                “Tak payah jaga aku, jaga diri kau tue sendiri”, jawab Farah lagi yang sambil senyum sinis. Sebaik sahaja remaja itu keluar, Farah baru perasan yang dia menjadi perhatian. Farah mula berasa malu dengan kata-katanya yang agak kurang sopan tadi. Tapi, dia puas kerana berjaya mengalahkan remaja itu tadi. Hatinya ketawa keriangan. “Hahahaha”,. tiba-tiba, Farah teringat kembali kepada makcik itu tadi.

                “Mak cik tak apa-apa?Masuklah tandas nie dulu”, pelawa farah kepada mak cik itu memasuki tandas yang sepatutnya gilirannya. Mak cik itu pun terus masuk sambil mengucapkan terima kasih kepada farah.

                Ketika sedang enak melepaskan hajat, Farah tiba-tiba berasa sedih kerana tujuannya untuk berjumpa si dia tidak kesempatan kerana sebaik sahaja dia masuk ke tandas, ada pengumuman mengatakan penerbangan dari UK telah selamat tiba. Farah seperti ingin menjerit kesedihan di tandas itu tapi berjaya dipendam.

No comments:

Post a Comment