Officially I want to report about my first step of my lovely nephew name's ICAD...this thing happens can be admitted by icad's father, grandpa, grandma, cik ika(myself), cik in and ayah chu....Unfortunately, these occasion cannot be seen by his mother because my sister still in her seminar at Melaka...sorry k.ngah, xdpt cek nak tlog....i hope ICAD will grow healthily and can walk freely...excited to see QUE (my other nephew) walk also...this photo can refresh our memory...enjoy it...
Monday, June 27, 2011
Wednesday, June 15, 2011
PART 3
Part 3:
“Sykin,Syaz jom pegi kelas”, ajak Farah yang berdiri di hadapan bilik sambil membetulkan tudungnya
“Jom”, jawab Sykin.
Langkah mereka terhenti ketika ingin menuruni anak tangga. “Eh, mana Syaz?”, tanya Farah.
“Kau nie, Syaz mana balik malam tadi”, seloroh Sykin.
“Eh, bukan semalam petang dia balik?”, tanya Farah lagi.
“Memanglah balik tapi lepas Isyak dia keluar semula. Itulah kau, sibuk sangat layan perasaan sampai kawan sendiri pun dah tak kisah”, perli Sykin sambil menuruni anak tangga.
Farah yang tersentap terus bersuara “ Aku bukan tak nak ambil tahu tapi aku....”, kata-kata Farah terhenti apabila mengenangkan peristiwa pahitnya semalam.
“Senyap pulak. Dahlah, jom pergi kelas. Kalau dengar masalah korang berdua ini, sampai bulan depanlah aku tak ke kelas. Dahlah lepas ini kelas favourite aku. Tan Kar Boon rindu aku nanti”, celoteh Sykin sambil mencari kasutnya di rak kasut. Kata-kata Sykin membuatkan Farah tertawa kecil. Sykin memang tempat rakan-rakannya mengadu. Kematangan yang dimiliki Sykin membuatkan rakan-rakannya selesa berkongsi masalah. Cuma satu kelemahan Sykin adalah, dia pantang kalau ada cerita atau lagu Korea baru, cepat sahaja ingin membelinya. Malahan, biliknya penuh dengan gambar kumpulan kegemarannya iaitu CN BLUE.
Sambil berjalan menuju ke arah perhentian bas, Farah sempat bertanya kenapa Syaz sering pulang ke rumah ibunya akhir-akhir ini. Perubahan mendadak Syaz membuatkan Farah sedikit risau. Tambahan peperiksaan akhir bakal tiba.
“Wei, kenapa Syaz asyik balik rumah mak dia akhir-akhir ini. Selalu sebulan sekali baru balik. Itu pun jarang”, tanya Farah.
“Kau nie, balik rumah mak pun salah. Biarlah dia, dia rindu sangat mak dia kot”, jawab Sykin endah tak endah.
“Yelah, kalau rindu pun takkan sampai ponteng kelas. Masuk minggu ini dah 2 minggu tak datang kelas. Datang pun kuliah jek. Makmal lagilah lansung dia tak nampak batang hidung.”, kata Farah yang inginkan penjelasan.
“Kau nie tanya macam aku nie kaunter pertanyaan pulak”, seloroh Sykin sambil mengkerutkan dahinya.
“ Aku dengar tunang dia yang dari luar negara tue baru balik. Lepas rindu kat pakwe dia kot”, teka Sykin.
“Laa, patutnya tunang baliklah happy. Ini makin monyok delah. Dahlah dengan kita pun dah jarang berbual”, keluh Farah.
“Biarlah Farah oiiii. Takkan kita nak control hidup dia pulak. Bila tima happy, bila time marah. Kita ini kawan jek. Yang penting kita support dia kalau ada masalah”, ujar Sykin yang menampakkan kematangannya.
“Eh, mana pulak bas ni? Dah bernanah punggung aku duk tepi jalan ni”, keluh Sykin.
“Sekejap lagi sampai lah tue”, jawab Farah yang ingin menjernihkan suasana walaupun dia turut risau bas tidak muncul-muncul.
10 minit kemudian, bas tidak muncul-muncul. Perhentian bas semakin sesak dengan kehadiran orang ramai yang turut ingin ke kelas. Sekali-sekala Farah meringankan matanya untuk melihat jam. Kelas bakal bermula dalam 20 minit. Otaknya mula mengira-ngira. Perjalanan ke kelas dengan menaiki bas mengambil masa kira-kira 15 minit. Hatinya mula gelisah. Dia dan Sykin bergerak ke hadapan orang ramai untuk mengelakkan diri dari tidak dapat naik ke bas. Selalunya, kalau ramai begini ada sahaja yang tidak dapat menaiki bas dan perlu menunggu bas seterusnya. Bayangan Tan Kar Boon yang menyuruh pelajar yang lambat datang ke kelas untuk bernyanyi mula terngiang-ngiang. Dalam hati Farah terdetik, lama juga aku tak pergi karoake. Farah tersenyum nakal.
Tiba-tiba......
Zushhhhhhhhhhhh....Sebuah kereta suzuki swift menyusuri jalan itu dan di saat itulah percikan lumpur terkena pada baju Farah. Habis bajunya basah kuyup dan diwarnai dengan hiasan lumpur. Sykin terkena sedikit lumpur di seluarnya tapi tidak jelas kelihatan tapi Farah, rasanya orang buta pun akan tahu yang itu lumpur. Farah yang terkejut dengan kejadian itu tadi tidak dapat berkata apa-apa seketika. 5 saat kemudian baru dia bersuara.
“ Woi, tak pernak bawak kereta ke? Kau ingat ini jalan !@##$%%^^& yang punya ke?”, jerit Farah ke arah kereta itu yang dalam keadaan sangat marah.
Pemandu kereta itu yang sedar ada seseorang menjerit ke arahnya meberhentikan kereta secara tiba-tiba. Farah yang dalam keadaan marah menuju ke arah kereta itu. Namun setelah separuh perjalanan Farah ke arah kereta itu, kereta itu berlalu pergi. Alangkah terkejutnya Farah melihat perbuatan pemandu itu yang difikirkannya akan meminta maaf. Langkahnya dihentikan dan matanya tertumpu tajam ke arah nombor plat kereta itu.
Sykin yang mengikutnya dari belakang sejak tadi cuba menenangkan Farah yang dalam keadaan tidak terkawal. Farah menoleh kebelakang dan melihat semua mata tertumpu ke arahnya. Alangkah malunya Farah dengan perbuatannya sebentar tadi. Pandangannya dialihkan melihat keadaan bajunya yang seperti baru bermain lumpur dan malunya bertambah.
“Kau tak apa-apa?”, tanya Sykin namun Farah tidak menjawab.
Di saat itu, bas sudah pun sampai. Semua orang berpusu-pusu ingin menaiki bas.
“ Kau pergilah kelas. Tak apa, aku nak balik sekejap tukar baju”, kata Farah yang menundukkan pandangannya.
“Tak apalah, aku temankan kau. Kasihan kau sorang-sorang”, jawah Sykin.
“Kau pergilah. Sekurang-kurangnya ada wakil. Syaz tak tahu pergi kelas ke tak. Lagipun, manalah tahu doktor ada bagi assigment”, desak Farah.
“Oklah tp kau ok ke nie? Apa-apa hal nanti call aku ok?”, kata Sykin.
“Ok”, jawab Farah yang nak tak nak.
Sykin segera berlari ke arah bas. Nasib baik 2 bas datang serentak, jadi tak perlu menunggu lama untuk menaiki bas. Manakala Farah berlalu pergi ke arah rumah sewanya sambil membuat muka malu. Namun mulutnya tidak berhenti sumpah seranah kepada pemandu kereta itu tadi. Hatinya berkata “ Siaplah kau, sampai lubang cacing aku cari kau nanti”.
Tuesday, June 14, 2011
PART 2
Part 2:
“Kenapa dengan kau nie Farah?”, tanya Sykin, teman serumah kepada Farah.
Farah terus senyap membisu, tiada sepatah pun yang dituturkan untuk menjawab soalan Sykin itu tadi. Perasaan hibanya masih menebal di hatinya.
Tiba-tiba, terdengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah.
“ Awal kau balik Syaz, selalunya tengah malam pun susah nak jumpa batang hidung kau. Ini kereta siapa pula kau bawa balik?”, tanya Sykin dalam nada sindiran.
“Aku baru balik dari rumah mama aku lah. Ini kereta papa aku. Kenapa? Kau nak pinjam?”, jawab Syaz balik dalam nada sindiran.
“Eh, boleh ke? Baiknya kau. Kalau gitu aku nak pinjam bawa balik kampung esok boleh?”, tanya Sykin sekali lagi dalam nada sindiran. Tiba-tiba Syaz mencampakkan kunci keretanya ke atas meja dan berlalu naik ke biliknya. Sykin yang terkejut melihat gelagat rakannya itu merasa bersalah atas gurauan yang mungkin berlebihan pada Syaz.
“Aku main-main jelah”,ujar Sykin.
“Dung”, bunyi pintu bilik Syaz dihempas kuat.
Farah dan Sykin saling berpandangan. Mereka gusar dengan perangai Syaz yang akhir-akhir ini terlalu sensitif. Syaz yang dikenali mereka sebagai seorang yang happy go lucky tidak pernah berkelakuan demikian. Sejak akhir-akhir ini sahaja sikapnya mula berubah menjadi seorang yang pemarah. Pernah sekali-sekala Sykin ingin bertanyakan masalah Syaz namun Syaz jarang pulang ke rumah sewanya itu. Kini, dia kerap pulang ke rumah mamanya dan jika pulang ke rumah itu pun pada waktu larut malam. Semenjak itu, Syaz banyak kali ponteng ke kelas.
Farah yang masih memendam kesedihan hanya sebentar menumpukan perhatian terhadap perlakuan Syaz. Kecewa dihatinya tetap tidak dapat diubati.
Farah mengambil gitar di atas sofa dan berlalu keluar ke halaman rumah duduk di atas bangku kegemarannya.
“Apa kenalah dengan kawan-kawan aku ini”, desus hati Sykin melihat kedua rakannya murung. “Dari aku tegur korang tak ada respon baik aku tengok CN BLUE aku”, kata Sykin dengan kuat yang malas ingin melayan kerenah Farah dan Syaz sambil memeganga remoote control astro. Butang 391 di tekan.
Di halaman rumah, Farah memainkan lagu kesukaannya iaitu Kenangan Teridah dengan menggunakan gitar kesayangannya. Tatkala bermain gitar, pemikirannya menerawang teringatkan kisahnya yang lama.
“Abang, orang nak juga pandai main gitar macam abang, abang ajarlah orang”, kata Farah kepada lelaki dihadapannya.
“Orang nak belajar ke?Tak payahlah, nanti orang dah tere main gitar dah tak nak dengar abang main gitar lagi”, ujar lelaki itu dalam nada manja.
“Ala, nanti abang dah pergi jauh siapa nak mainkan gitar untuk orang pulak?Bolehlah abang, ajar orang ok?”, pinta Farah sambil menghulurkan tangannya meminta permintaannya di tunaikan.
“Oklah tapi janji, kalau abang ajar nie jangan pulak pergi ajar orang lain”, kata lelaki itu.
“Kenapa pula?”, tanya Farah pelik.
Lelaki itu tersenyum dan mendekatkan mulutnya ke telinga Farah. “Sebab abang ajar orang seorang jek, so tak naklah kongsi ngan orang lain”.
“Kedekutnya orang tua nie”, sindir Farah sambil tersenyum sinis.
“Biarlah, abang cikgu. Kena dengar cakap abang.HEHEHHEHEHEH”, balas lelaki itu.
“Baiklah inspektor kedekut”,balas Farah kembali sambil mencebikkan bibirnya.
Lamunan Farah terhenti tatkala melihat budak-budak kecil bermain di luar pagar rumahnya. Kegirangan mereka bermain mengembalikan kenangannya ketika dia masih kecil. Telatah mereka bermain membuatkan hati Farah kembali ceria. Sifatnya yang menyukai kanak-kanak sedikit sebanyak dapat mengubati hatinya tatkala dia di dalam kesedihan.
Tiba-tiba, seorang kanak-kanak yang sedang bermain bola tercampak bola yang dimainnya ke halaman rumah Farah. Farah segera mengambil bola itu dan memberinya semula kepada kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu mengambilnya dan mengucapkan terrima kasih lalu berlalu pergi. Sejak itu, senyuman Farah kembali ke wajah riangnya. Sykin yang melihat dari tingkap tingkah-laku rakannya juga turut tersenyum. Namun, perhatiannnya juga hanya sebentar dan kembali menonton siaran kegemarannya.
PART 1
Apakah makna cinta pada jodoh?????
Apakat makna jodoh pada cinta????
Part 1:
Farah masih setia menunggu kelibat orang yang dinanti-nantikannya muncul di hadapan pintu keluar KLIA itu. Raut wajahnya kian berubah sejak orang yang dinantikan olehnya masih tidak muncul tiba sejak lebih sejam dia menunggu. Adakah khabar yang dibacanya seminggu yang lalu di facebook hanyalah sebuah gurauan? Betapa mengharapnya dia untuk menemui insan itu buat sekian lama. Penantiannya selama tiga tahun dirasakan berbaloi semata-mata untuk berjumpa dengannya. Kini, kesempatan yang ada tak akan dia lepaskan meskipun hanya dari jarak jauh.
Tiba-tiba…..Farah memegang perutnya.
“Sakit pulak perut nie”, keluh Farah apabila perutnya tiba-tiba meragam.
Semakin lama, semakin kuat Farah memegang perutnya.
“Ah, tak boleh jadi nie”, kata Farah dalam hati lalu terus meluru ke arah tandas.
Di tandas keadaan agak sesak, terlalu ramai orang yang keluar masuk. Farah tetap bersabar walaupun keadaannya yang semakin darurat. Tiba-tiba perhatiannya tertumpu kepada seorang perempuan tua yang agak berumur sedang menunggu giliran masuk ke tandas. Perempuan tua itu bermuka pucat dan asyik mengurut-urut kepalanya. Tiba-tiba, datang seorang remaja yang dengan sambil lewa memotong barisan orang tua tersebut. Farah mula berasa kesal dengan sikap golongan remaja sekarang yang semakin tidak beradab.
“Adik, mak cik ini sampai dulu sebelum adik. Janganlah ambil giliran orang”, kata Farah dengan sabar. Namun, remaja untuk buat tak endah dengan kata-kata Farah, malahan tanpa segan silu, remaja itu terus mengambil sebatang rokok dari beg tangannya dan terus merokok di dalam tandas itu. Bertambah panas hati Farah melihat kelakuan remaja itu yang semakin kurang ajar.
Serta-merta, Farah mengambil rokok dari mulut remaja itu dan terus membuangnya ke lantai. Semua orang yang berada di tandas itu terus tercengang dengan tindakan Farah itu termasuk mak cik tua itu tadi.
“Woi, apa nie?Kau ingat aku beli rokok nie gune duit mak bapak kau ke?, kata remaja itu yang memarahi tindakan Farah. Lalu Farah menjawab,
“Memang mak bapak aku tak beli rokok tue tapi mak bapak aku ajar aku supaya jangan jadi kurang ajar. Kalau kau nak mati sangat, jangan lah sampai libatkan orang lain”, kata Farah membalas kata-kata remaja itu. Farah memang tidak gemar pada orang yang suka merokok.
“Hei, suka hati aku lah nak buat apa pun. Aku tak menyusahkan hidup kau”, jawab remaja itu dengan marah.
Tiba-tiba Farah menunjukkan tangannya ke tepi dinding di sebelahnya.
“Kau tak tahu baca tulisan nie ke?”, tanya Farah
“Kalau kau tak tahu baca biar aku bacakan, DILARANG MEROKOK, faham tak? Atau nak aku baca dalam bahasa arab biar kau lagi faham”, kata Farah sambil menunjukkan raut wajah serius. Serta-merta suasana di situ menjadi riuh. Ada yang terketawa kecil dan ada yang memberi senyuman sinis kepada remaja itu. Remaja itu yang berasa malu terus meninggalkan tandas itu.
“Jaga kau kalau aku jumpa kau lagi”, ugut remaja itu yang bernada amat marah sebelum keluar dari pintu tandas itu.
“Tak payah jaga aku, jaga diri kau tue sendiri”, jawab Farah lagi yang sambil senyum sinis. Sebaik sahaja remaja itu keluar, Farah baru perasan yang dia menjadi perhatian. Farah mula berasa malu dengan kata-katanya yang agak kurang sopan tadi. Tapi, dia puas kerana berjaya mengalahkan remaja itu tadi. Hatinya ketawa keriangan. “Hahahaha”,. tiba-tiba, Farah teringat kembali kepada makcik itu tadi.
“Mak cik tak apa-apa?Masuklah tandas nie dulu”, pelawa farah kepada mak cik itu memasuki tandas yang sepatutnya gilirannya. Mak cik itu pun terus masuk sambil mengucapkan terima kasih kepada farah.
Ketika sedang enak melepaskan hajat, Farah tiba-tiba berasa sedih kerana tujuannya untuk berjumpa si dia tidak kesempatan kerana sebaik sahaja dia masuk ke tandas, ada pengumuman mengatakan penerbangan dari UK telah selamat tiba. Farah seperti ingin menjerit kesedihan di tandas itu tapi berjaya dipendam.
Subscribe to:
Posts (Atom)








