Saturday, September 15, 2012

Takdir Suria


Suria, seorang wanita periang dan sering menjadi perhatian pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya. Setiap lelaki yang mengenalinya pasti ingin berkawan dengannya dan cuba menarik perhatiannya. Tapi, Suria lansung tidak tertarik pada rakan-rakan sebayanya kerana padanya lelaki yang sebaya dengannya tidak cukup matang untuk dijadikan teman. Suria sudahpun mempunyai teman lelaki atau dalam bahasa pasarnya ’boyfriend’. Farish yang dikenali dari rakan-rakannya mula menjalin hubungan sejak pertama kali berjumpa di pesta harijadi rakannya. Farish merupakan anak salah seorang engineer terkenal di bandar tersebut. Malah kini, dia sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan awam untuk mengikut jejak langkah ayahnya. Mereka saling suka-menyukai antara satu sama lain sejak pertama kali bertemu. Hubungan mereka berkekalan hampir 3 tahun setelah Suria juga berjaya menamatkan pelajarannya dan bekerja sambilan sebagai seorang pelayan restoran. Kehidupan Suria tidaklah semewah Farish semenjak ayahnya meninggal dunia 2 tahun yang lalu dalam kemalangan jalan raya. Bahkan ibu nya sering jatuh sakit akibat sakit tua. Suria merupakan anak bongsu dari 5 adik beradik tapi bebanan yang dihadapi keluarganya perlu ditanggung sendirian setelah pemergian bapanya apabila kakak dan abangnya yang sudah berkeluarga dan perlu menanggung keluarga masing-masing.

Farish disuruh oleh ibu bapanya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negera setelah habis belajar. Permintaan ibu bapanya tidak dapat dibantah kerana dia merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga tersebut dan menjadi harapan keluarga. Separuh hatinya mengatakan dia mahu pergi tetapi separuh lagi hatinya mengatakan mana mungkin dia berpisah jauh dari Suria. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk memberitahu Suria tentang keputusan keluarganya. Suria amat sedih pada mulanya apabila mengetahui bahawa Farish akan ke sana selama 5 tahun tetapi bila difikirkan semula, dia merasakan itu lah yang terbaik untuk Farish.

Demi rasa cintanya kepada Suria, Farish mengajak Suria berkahwin sebelum dia berangkat ke luar negara. Namun, hasratnya ingin mengahwini Suria dibantah keras oleh ibu bapa Farish. Malahan, ibu bapanya melarang Farish berkawan dengan Suria sehinggakan ibu bapanya berjumpa dengan Suria dan menyuruhnya menjauhkan diri dari Fariz. Seminggu berlalu, Suria tidak lagi menghubungi Farish. Malahan panggilan telefon dan pesanan ringkas yang dihantar Farish juga tidak di balas. Hatinya benar-benar susah untuk melepaskan Farish pergi tapi apakan daya, sebelum mengejar cinta, cita-cita perlu digapai terlebih dahulu. Pada hari Farish akan berangkat ke luar negara, Suria tidak dapat menghantarnya kerana ibunya tiba-tiba sakit kuat. Namun, dalam hati Suria selalu berdoa agar kekasih hatinya itu selamat sampai ke sana dan berjaya mencapai impian yang diimpikan.  

Seminggu berlalu semenjak pemergian ibu Suria. Kematian ibunya selang sehari setelah Farish berangakat ke luar negara setelah doktor mengesahkan ibunya sebenarnya menghidapi kanser rahim yang kritikal dan tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak tergambar betapa deritanya Suria apabila kehilangan dua orang yang amat disayangi pada waktu yang sama. Namun, suratan Ilahi tetap diterimanya dengan hati yang redha. Tidak lama selepas itu, Suria memberanikan diri pergi ke rumah Farish untuk bertanyakan khabar Farish di sana yang sudah lama tidak didengarinya. Namun, cercaan dan maki hamun ibu bapa Farish membuatkan Suria bertambah sedih apabila Suria dihalau keluar dari rumah tersebut tanpa rasa belas kasihan. Dalam pada itu, Farah, adik bongsu kepada Farish sempat memberikan sepucuk surat kepada Suria sebelum dia dihalau. Katanya, abang Farish menyuruhnya memberikan surat itu kepada Suria 2 hari yang lepas apabila farish menghantar gmbar ke ibu bapanya. Hati Suria kembali riang sebaik sahaja melihat tulisan pada surat tersebut. Ternyata farish tidak pernah melupakannya.

Kehadapan kekasihku Suria yang dicintai......

Abang menulis surat ini sebaik sahaja sampai di sini. Tak dapat digambarkan betapa rindunya abang pada Suria sebaik sahaja sedar yang kita telah berjauhan. Buat pengetahuan Suria, abang baik-baik sahaja di sini. Maafkan abang kerana tidak dapat berjumpa dengan Suria sebelum berangkat. Abang tidak rela melihat air mata Suria mengalir kerana abang. Abang takut tidak kuat untuk menghadapi kenyataan yang kita akan berpisah dan tak sanggup untuk meninggalkan Suria. Namun, harapan ibu dan ayah tak dapat abang abaikan. Abang harap Suria faham dengan keadaan abang. Anggaplah abang pergi demi masa depan kita kelak. Abang berjanji yang abang akan pulang dengan membawa kejayaan. Abang berharap sangat Suria dapat menunggu kepulangan abang kelak. Abang akan sentiasa mengingati Suria . Setiap pagi, abang akan melihat matahari terbit untuk melihat suria. Doa abang sentiasa untuk Suria disana agar berjaya mencapai cita-cita  Suria menjadi seorang penulis.  Kirimkan salam abang pada ibu Suria juga. Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Banyak lagi yang abang ingin ceritakan di sini tapi dakwat tak mengizinkan kerana dakwat pen abang dah nak habis...hehheheheh.....sekian, salam sayang dari kekasihmu buat Suria ku tercinta.

Mengalir deras air mata suria apabila membaca surat itu. Hatinya lega apabila mendapat khabar berita dari kekasihnya itu tetapi hatinya meruntun hiba apabila Farish menyebut nama ibunya. Bagaimana dia ingin memberitahu Farish yang ibunya sudah tiada?...bagaimana dia ingin memberitahu Farish yang dia sudah tiada sesiapa di dunia ini. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Sendirian dia menangis di rumah usangnya sambil ditemani comot, kucing peliharaannya yang dihadiahkan oleh Farish. Dia mula memikirkan bagaimana dia dapat menahan rasa rindunya selama 5 tahun. Nasib baiklah farish ada mengirimkan sekeping gambarnya kepada Suria. Sekurang-kurangnya, ingatan antara mereka berdua takkan luput sampai bila-bila.  

by Miss Heart Beat Writer (HBW)

No comments:

Post a Comment